JULAI 2023

Seramai 20 pelajar bersama 2 orang pensyarah daripada program Seni Kulinari, Cikgu Intan Shuhada Ishak dan Cikgu Meizurah Iksan (Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan) KV Matang telah menyertai Program Keusahawanan, Demo Masakan bersama Chef Selebriti iaitu Masterchef Sabri Hassan yang berlangsung pada hari ini.

Program ini merupakan salah satu aktiviti yang diadakan sempena sambutan Festival Maal Hijrah tahun 2023 anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) yang bertempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak yang bermula dari 28-30 Julai 2023.


Berlangsung pagi tadi, pasukan bola elit Zon Selatan yang terdiri daripada gabungan staf akademik dari KV Matang, KV Kuching dan SMT Sejingkat telah bertandang ke Stadium Mini Betong untuk menghadiri perlawanan persahabatan bersama KV Betong.

Ini merupakan persiapan terakhir sebelum menghadapi Karnival Voktek yang bakal diadakan pada minggu hadapan. Pasukan ini telah diiringi oleh pasukan pengurusan dari KV Matang iaitu En. Micheal Nisoy sebagai pengurus, Ts. Mostapha sebagai jurulatih, En Abdul Qawiy sebagai penolong pengurus dan En Alexander sebagai fisioterapi.

Keputusan perlawanan pada pagi adalah seri.

Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Sarawak

Kolej Vokasional Kuching, Kementerian Pendidikan Malaysia

KV d'Media


Tahniah diucapkan kepada Pasukan Kuching yang turut diwakili oleh Muhammad Khuzaifah (WTP SVM2) dan Micryson (MPI DVM 1) kerana telah memenangi Kejohanan Ragbi MSS Sarawak di Betong. Pasukan Kuching menang 90 berbalas 0 menentang pasukan Miri. 

Tahniah diucapkan kepada semua finalis akhir Pertandingan Vokmat Idol 2023 yang telah berlangsung di Dewan Cyberlera pada petang tadi. Juara telah dimenangi oleh Muhammad Fiqrullah bin Ismahadiza (SVM HSK), Naib juara, Nur Aqma binti Ahamat (SVM BPP) dan tempat ketiga, Freddy Herald Anak Aling (MPP DVM 2). Vokal dan Persembahan terbaik

juga dimenangi oleh Muhammad Fiqrullah. Terima kasih diucapkan kepada semua juri-juri yang terlibat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Pasukan Ragbi Kuching yang diwakili oleh 2 orang pelajar Kolej Vakasional Matang, Muhammad Khuzaifah dan Micryson akan mara ke peringkat separuh akhir pada petang ini melawan pasukan Bintulu untuk Kejohanan Ragbi peringkat MSSD Sarawak.

Doakan kejayaan Team Ragbi Kuching

Lihat wawasan dan iklan

Galakkan Siaran

Semua reaksi:

36

36



Bersempena dengan ulangtahun sambutan Hari Sarawak ke 60, Kelab Kebudayaan Kolej Vokasional Matang telah mengambil bahagian bersama Majlis Seni Sarawak dalam membuat persembahan pagi ini bertempat di Padang Merdeka.

Semoga Sarawak terus maju, makmur dan mengekalkan perpaduan yang utuh demi kesejahteraan bersama.

#HariSarawak #SarawakMajuMakmur


Pengarah dan pihak pengurusan Kolej Vokasional Matang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Zon Sarawak 2022. Majlis ini telah berlangsung di Hotel Serapi yang diadakan pada hari ini, 21 Julai 2023.

32 orang penerima Anugerah ini adalah terdiri daripada barisan Pensyarah dan Staf Kolej Vokasional Matang, Kolej Vokasional Kuching dan Kolej Vokasional Betong.

Tahniah diucapkan dan semoga terus cemerlang

Sumber Gambar: Team Buletin KVM & Kolej Vokasional Kuching


Pihak pengurusan Kolej Vokasional Matang ingin mengucapkan tahniah di atas pelaksanaan Program Latihan & Pembangunan Profesionalisme Guru Baharu (PLPPGB) 2023 yang telah berlangsung pada hari ini. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Pembangunan Guru Baharu dengan kerjasama ULKS Kv Matang.

Peserta telah diberikan taklimat dan perkongsian menarik daripada Puan pengarah Kolej Vokasional Matang iaitu Puan Arni Binti Suhaili, Cik Nur Hairunisa binti Jasni (Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Bakat Sektor Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak), Ketua Pentadbiran&Perkhidmatan Staf KV Matang, Puan Nooraziani binti Bujang serta Ts. Abang Abdul Malik bin Hj.Yusuf, Penyelaras PPGB 2.0.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah dikongsikan akan digunakan sebaik mungkin oleh peserta yang terlibat.

#kvmatang

#ppgb

#MalaysiaMadani


Tahniah diucapkan kepada pelajar SVM Kohort 2021 yang berjaya dan layak untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma!  

Senarai pelajar SVM Kohort 2021 yang telah berjaya ditawarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma. 

Bagi ramai yang tertanya-tanya dari mana saya beli baju-baju saya, saya kenalkan busana yang saya pakai ini adalah hasil rekaan pelajar Nadhratul Iman dan dijahit oleh pelajar Nurul Najwa. Kedua-dua mereka sedang mengikuti pengajian Diploma Seni Reka Fesyen di Kolej Vokasional Sungai Petani.


Saya berasa sangat berpuas hati dengan corak dan kain yang digunakan serta kemasan potongan dan jahitan yang selesa dipakai.


Ini adalah contoh hasil tangan pelajar yang kita gilap dan kembangkan potensi mereka di institusi-institusi pendidikan KPM. Saya yakin dengan keupayaan sebegini pada usia yang sangat muda, mereka boleh menyinar lebih cemerlang dalam industri fesyen muslimah sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.


Di KPM kita akan memberikan ruang dan peluang seluasnya untuk pelajar-pelajar mengembangkan bakat mereka, saya sangat menggalakkan untuk mereka meningkatkan daya cipta yang memberi manfaat kepda kemanusiaan sejagat.


Saya sentiasa berbangga dengan setiap kejayaan yang dicapai oleh para pelajar biarpun kecil kerana dari pencapaian-pencapaian kecil ini mereka akan membina semangat, kemahiran, ilmu dan pengalaman untuk menggapai kegemilangan dalam hidup mereka pada masa hadapan.


Saya berharap ibu, bapa, masyarakat dan seluruh ekosistem pendidikan dapat sama-sama berperanan supaya kita mampu untuk memastikan anak-anak kita mengembangkan potensi dan bakat mereka, seterusnya menjadi seorang insan yang berjaya dan bermanfaat dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.


#7TerasKPM

#KaramahInsaniah

#MalaysiaMADANI  

Buat julung kalinya, pasukan Pensyarah Zon Selatan Sarawak telah dibentuk bagi menyahut cabaran menghadapi Karnival Voktek Zon Sarawak yang akan diadakan pada awal bulan Ogos kelak.

Pasukan ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah daripada KV Matang, KV Kuching dan SMT Sejingkat.

Pada petang tadi pasukan bola sepak telah memulakan latihan intensif mereka dengan mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan elit Politeknik.

Selamat maju jaya diucapkan!


14 Julai 2023 - Hari ini merupakan hari terakhir En Alister berkhidmat di KV Matang. terima.kasih atas jasa dan sumbangan beliau. semoga dipermudahkan semua urusan beliau di stesen baharu

" Lambaian Kasih, Selembar Kenangan "

16/4/1994 - 12/7/2023

Pihak pengurusan Kolej Vokasional Matang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En Majidi bin Nong yang akan mula bersara sebagai anggota penjawat awam mulai esok.

Terima kasih diucapkan di atas sumbangan, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan di Kolej Vokasional Matang.


Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) yang diketuai oleh Ts. Fauzi bin Abdullah, Timbalan Pengarah, SPPPT dan Puan Mardhiah Binti Yahya Zikri, Ketua Penolong Pengarah, SKP serta rombongan yang telah sudi berkunjung ke Kolej Vokasional Matang pada hari ini bertarikh 12 Julai 2023.

Semoga lawatan Kunjung Bantu ini akan membantu Kolej Vokasional Matang untuk lebih cemerlang

#BPLTV

#kvmatang

#kvdmedia


Bertempat di Tebingan Sungai Sarawak (Waterfront) seramai 37 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring telah menghadiri Majlis Perasmian Karnival Falak Nusantara 1444H/2023M atas jemputan Jabatan Mufti Negeri Sarawak.

Majlis ini juga dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

+4

Lihat wawasan dan iklan

Galakkan Siaran

Semua reaksi:

41

41



Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya anggota bomba dari Balai Bomba Petrajaya dalam menjayakan program "Firedrill" yang diadakan malam semalam!

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)


KEPUTUSAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSB KUCHING 2023

PERINGKAT AKHIR

KV MATANG 25 - 9 CHUNG HUA NO 4

Tahniah diucapkan kepada Team Bola Jaring Kv Matang yang telah menjadi juara keseluruhan. Naib juara telah dimenangi oleh Sekolah Chung Hua No 4 dan tempat ketiga disandang oleh SMK Kuching Hight. Team Vokmat Terbaik

Tahniah!


Pada pagi ini, seramai 23 orang pelajar dan 4 guru pengiring dari Kelab Kebudayaan dan Kesenian telah menghadiri program "19th Mini Film Festival x Mini Arts Festival" bertempat di La Promenade Mall, Kota Samarahan.

Program ini dianjurkan oleh Program Sinematografi, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), UNIMAS.

Pelbagai aktiviti menarik seperti tayangan filem dari Jepun dan Asia Tenggara, pameran seni, bengkel dan forum akan dijalankan sepanjang festival ini berlangsung dan secara percuma.

Semoga para pelajar sedikit sebanyak memperoleh ilmu daripada program ini serta mengasahkan lagi bakat kreativiti mereka.

#tvet #unimas


5 Julai 2023 Pertandingan Vokmat Idol 2023. Congratulations

to those who were brave enough to join this year... See you in the finals 

LAWATI KAMI

Kolej Vokasional Matang

Km 14 Jalan Matang,

93050 Kuching,

Sarawak.

Nombor Telefon : 082-641 582

Nombor Faks : 6082643558