APRIL 2023

14 April 2023 Majlis Khatam Al-quran 1444H/2023M peringkat Kolej Vokasional Matang telah berlangsung di Surau Al-Islah pagi tadi. Majlis ini melibatkan seramai 24 orang pelajar asrama DVM tahun akhir, DVM Tahun 1, SVM Tahun 2 dan SVM Tahun 1.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan JK yang terlibat


Program Kerjaya Tahun 1 Dan 2 DVM

17-18 April 2023

18 April 2023

Selasa

Sesi bersama PERKESO

1. Taklimat Latar Belakang dan Peranan Perkeso

2. Pengisian Portal Pekerjaan Nasional Malaysia “Myfuturejob”

3. Persediaan Temuduga Kerja dan Resume

4. Mock Inter


13 April 2023 Majlis Iftar Junjungan Kasih MPP & Mantan MPP di Serapi Hotel. 

12 April 2023 Majlis Iftar Perdana Kolej Kediaman Kolej Vokasional Matang yang dianjurkan oleh Pihak Unit Pengurusan Asrama dan EXCO Kolej Kediaman. Turut hadir bersama kita, YDP PIBG Haji Yul Haidzir Razali, Pengarah KV Matang Ts. Lim Ah Juan, TPA Ts. Spencer Micheal dan KJK En Sudarto Bin Duki. 

PUTRAJAYA, 11 April - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju memberikan cuti tambahan kepada semua guru dan murid pada 19 April ini.

Menurut Menterinya Fadhlina Sidek, ia bagi memudahkan urusan guru dan ibu bapa yang bertugas di negeri lain bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

"Berita gembira yang saya ingin umumkan bahawa dengan ini 19 April, KPM mengumumkan cuti khas untuk semua warga KPM."

"Kita ambil kira semua pandangan dan untuk kesejahteraan masing-masing khususnya guru-guru kita dan warga KPM untuk mengurus perjalanan pulang ke kampung."

Beliau berkata demikian pada sidang media Forum Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah KPM 2023 di Putrajaya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2022 akan dikeluarkan pada 18 April ini.

Calon boleh memperoleh keputusan tersebut daripada sekolah masing-masing bermula pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar.

Terdahulu, seramai 4,634 orang calon telah menduduki peperiksaan STAM Tahun 2022 di 134 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Wartawan: Fahmie Zaidi

'Yang sahih di Berita RTM'

#RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani


Hebahan Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Tahun 2023

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa graduan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti pada tarikh tutup hebahan ini bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Graduan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem

Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada 21 April 2023 (Jumaat).

Pautan hebahan :

https://www.spp.gov.my/.../1289-hebahan-permohonan...

5 April 2023 Sedang berlangsung aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk sempena Program Ihya Ramadan kv Matang 2023 di Bengkel Seni Kulinari.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah KV Matang, Ts Lim Ah Juan bersama TPSA Encik Patrick Belly dan Ketua Jaminan Kualiti Encik Sudarto.

Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah dan pelajar yang terlibat

#gotongroyongbuburlambuk

#ihyaramadan

#kvmatang



Lawatan sambil belajar ke Pustaka Negeri Sarawak sempena Hari Terbuka Pustaka Negeri melibatkan 22 orang pelajar & 6 orang pensyarah pengiring.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah disertai oleh para pensyarah pengiring dan pelajar kolej vokasional matang. Kesemua peserta telah membawa pulang hadiah menarik hasil daripada aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pustaka negeri sarawak. 

Program lawatan sambil belajar ini berlangsung dari pukul 10:00 pagi sehingga 4:00 petang.

Gambar : Puan Pauline

Liputan/Penulisan : Puan Rose


Penyampaian Derma Kehilangan Bapa pada 18/02/2023 Adik Gilliian Ann Habel Binti George WTP SVM1 SEM 2

LAWATI KAMI

Kolej Vokasional Matang

Km 14 Jalan Matang,

93050 Kuching,

Sarawak.

Nombor Telefon : 082-641 582

Nombor Faks : 6082643558