FEBRUARI 2023

Salam sejahtera dan salam memperkasakan Tvet.


Untuk makluman semua,segala saluran maklumat, aktiviti serta pengumuman berkaitan Kolej Vokasional Matang akan disiarkan melalui Page Rasmi Kolej Vokasional Matang.


Ini bagi memudahkan pelajar dan ibubapa untuk mencari maklumat berkaitan kolej di pautan carian Facebook.

 

Jika para pensyarah ada sebarang makluman/aktiviti yang ingin disampaikan/dihebahkan kepada pihak luar,sila berhubung dengan kami JK Bulletin KV Matang


Pihak kami juga ingin memohon bantuan Dan kerjasama para pensyarah utk 

 like and share FB ini kepada semua ibu bapa dan pelajar-pelajar kita


Link kepada page disertakan disini :

https://www.facebook.com/profile.php?id=100068668737026


Terima kasih diucapkan

#Bersama Membina Masa Depan

TAHNIAH!


Sekalung tahniah diucapkan kepada Program Pengurusan Perniagaan (BPP) KV Matang yang telah mendapat sijil pengiktirafan MQA bagi Program Pengajian Diploma Pengurusan Perniagaan. 


Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat khususnya pihak pengurusan, pensyarah BPP, pensyarah Jabatan Umum, JPP dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Tarikh: 6 februari 2023

#BPLTV

#kvmatang

#programpengurusanperniagaan

#BPP

#MQA

Selamat datang ke Bumi Kenyalang. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Kami pihak MPP KV Matang sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada MPP KV Keningau. Semoga hubungan yang terjalin pada program kali ini akan kekal selamanya. 


#kamianakborneo

#orangsabahsarawak

Salam sejahtera, pelajar-pelajar yang pernah memohon kemasukan ke KV, sila ambil perhatian tarikh-tarikh ini.

Unit Psikologi dan Kerjaya dengan kerjasama Unit Pengurusan Asrama telah mengadakan sesi Ceramah Bahaya Rokok dan Vape khasnya untuk semua pelajar lelaki asrama pada 10/2/2023 (Jumaat), pukul 2.30 petang. Ceramah ini telah disampaikan oleh PPP Khairul, PPP Eliza dan PPKP Fifi dari Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, PKB Kuching. 

KHIDMAT KOMUNITI PELAJAR DIPLOMA SENI KULINARI KOLEJ VOKASIONAL MATANG BERSAMA PUSAT JAGAAN NUR MURNI

Sabtu, 11 Februari 2023: Pelajar Tahun Akhir Diploma Hospitaliti Seni Kulinari Semester 4 Kolej Vokasional Matang telah mengadakan Program Khidmat Komuniti di Pusat Jagaan Nur Murni. Seramai 28 pelajar dan 2 pensyarah iaitu Cik Nur Atiqah Binti Hashim dan Cik Noraziani Binti Zakaria.

Objektif utama program dijalankan adalah bertujuan untuk berkongsi kemahiran asas mendekorasi kek cawan bersama adik - adik di pusat jagaan. Selain itu, pihak kolej juga turut menyumbangkan cenderahati kepada pusat jagaan sebagai tanda penghargaan.

Akhir sekali. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelajar kolej vokasional matang dan   adik -adik pusat jagaan nur murni sebagai kenangan.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Program Haji Muda / Eksplorasi Haji Kolej Vokasional Matang Tahun 2023 telah berjaya dilaksanakan pada:

Tarikh:11 Februari 2023

Hari   : Sabtu

Tempat : Dewan Cyberguna & Pakir Kereta KV Matang.

Peserta :  134 orang pelajar SVM 1 Sem  2, para pensyarah dan staf KV Matang. 

Sekalung budi Sejunjung kasih diucapkan kepada pihak Tabung Haji kerana sudi berkolaborasi bersama Unit Pendidikan Islam & Surau Al Islah KV Matang. Semoga membuka minda dan hati serta meningkatkan azam untuk menjadi Tetamu Allah dalam menyempurnakan Rukun Islam kelima. Syabas dan tahniah untuk semua!




LAWATAN BENCH MARKING

Jabatan Elektrik dan Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan telah mengadakan Lawatan ke Sibu pada 8 hingga 10 Febuari bertempat di Universiti Technology Sarawak (UTS) Sibu. Lawatan Bench Marking antara dua Jabatan ini diketuai oleh Ts Kipli Junit dan 12 orang Pensyarah yang lain.

#lawatanbenchmarking23

#jabatanelektrik

#jabatanteknologimekanikaldanpembuatan

#kvmatang

#UTS


PROGRAM LAWATAN KE KAMPUNG BUDAYA SARAWAK

Kelab kebudayaan dan Keseniaan Kolej Vokasional Matang telah mengadakan Lawatan ke Kampung Budaya Sarawak yang diketuai oleh Guru Penasihat Kelab kebudayaan dan Keseniaan Kv Matang iaitu Cikgu Alexander, Cikgu Nor Fadilah dan Cikgu Bernadette Dorris serta 15 orang pelajar. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kebudayaan dan Keseniaan negeri Sarawak.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran 15 orang Pensyarah lain. Para pensyarah serta pelajar-pelajar diberi peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti  Keseniaan dan Kebudayaan bumi Kenyalang termasuklah Kelas Tarian Tradisional!

#lawatankelabkebudayaankeseniaankvm

#kgbudayasarawak

#keseniaankebudayaansarawak

#kvmatang


Tahniah diucapkan kepada Pihak Pengurusan, Pensyarah-pensyarah serta warga Kv Matang di atas Penghargaan yang telah diterima sempena dengan Anugerah Pengurusan Pembangunan Murid Peringkat Daerah Padawan bagi tahun 2022.

Anugerah yang diterima adalah hasil serta usahasama semua pihak terutamanya Unit Hal Ehwal Pelajar, Unit Psikologi & Kerjaya KV Matang - UPK VokMat Official serta Unit Sukan & Kokurikulum Kv Matang.  Syabas diucapkan! Semoga Kv Matang akan lebih cemerlang.


Syukur diucapkan pada hari ini diberikan cuaca yang baik, pelbagai aktiviti yang dijalankan pada hari ini berjalan dengan lancar. Selain perkongsian slot dari pihak Alapong dan juga guru, para pelajar menjalankan aktiviti membina jati diri "Mencari Wasiat" sebelah pagi dan "Merentasi dan Mengatasi Halangan" pada sebelah petang. Syabas para pelajar!


Bermula semalam (17/02/2023), seramai 71 orang pelajar yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Pengawas, Majlis Tertinggi Blok Asrama dan AJK Khas dari Program Seni Kulinari bersama 22 guru pengiring menjalani Kem Kepimpinan di Kem Alapong Lundu sehingga 19/02/2023. 

Sebelum bermula sesi terakhir bersama Fasilitator Kem Alapong, pelajar dibawa ke tepi pantai pada awal pagi ini untuk sesi refleksi. Sesi penutupan kem pada tahun ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah KV Matang, Ts. Lim Ah Juan.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan sepanjang kem bukan sahaja menjadi bekalan kepada para pelajar semasa di kolej sahaja malah akan dijadikan salah satu pedoman hidup apabila suatu hari nanti mereka menghadapi cabaran di dunia luar kelak. Tahniah diucapkan!

Terima diucapkan kepada pihak pengurusan Kem Alapong yang sudi menerima kehadiran kami, para guru pengiring yang sentiasa memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar diutamakan dan juga kepada AJK Khas dari Program Seni Kulinari yang sentiasa menyediakan makanan sedap kepada para pelajar dan guru.


Lawatan Kolaborasi Projek Tahun Akhir dan Inovasi di antara Pelajar Diploma semester Empat Jabatan Mekanikal dari Politeknik Kuching Sarawak bersama Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan Kolej Vokasional Matang Pada 21/2/2023. Pelajar Politeknik turut dibawa melawat ke Centre Of Excellent Program Teknologi Pemesinan Industri. 

Alhamdulillah selesai sudah program pagi ini iaitu Patient Safety Run 2023 bertempat di Civic Centre Kuching.

Semua peserta dari KV Matang telah mendapat berjaya mencapai Top 10 dalam acara terbuka bawah 18 Tahun ke bawah kategori lelaki dan perempuan.

Pelajar telah membawa pulang Medal Run, Medal Top 10, tropi dan juga Wang Tunai. Tahniah diucapkan!

LELAKI BAWAH 18 TAHUN

Tempat ke 5

ALLEXSTON CORNELIOUS ANAK KELUTON

Tempat ke 6

MOHD DENNIS HAIQAL BIN ABDULLAH

Tempat ke 7

AMMEYNUEL YEHEZKIEL ANAK SHAME

PEREMPUAN BAWAH 18TAHUN

Tempat ke 3

NURUL NURFITRAH BINTI DZULKRIAMAN

Tempat ke 4

CHERYL PHILENE ANAK PETER

Tempat ke 5

NENTY ANAK MIRA

Tempat ke 9

ALLYNA INGRAM BEGOS

Tempat ke 10

NUR ROZIATUL AIN BINTI MOHD NUMERY

Tahniah diucapkan kepada para peserta, guru pembimbing (Ustaz Manab dan Intan Shuhada) dan semua pihak yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung


PROGRAM FLOW AND GROW

Pada 22 Februari 2023 hari rabu, Pelajar Diploma Kosmetologi tahun akhir telah mengadakan Program untuk melengkapkan Projek PB bagi Modul DHD4053 (BEAUTY AND HEALTH LIFESTYLE).

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Pemeriksaan Kesihatan (percuma), Perkhidmatan Manikur, Jualan Makanan Sihat oleh pelajar-pelajar Program Seni Kulinari (HSK) serta HKM, Demonstrasi Penjagaan Muka, Zumba, Poco-poco ," Music Chair "  serta persembahan tarian.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga kesihatan dan mempelajari serba sedikit mengenai kecantikan. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah Kv Matang, Ts. Lim Ah Juan yang sudi hadir memeriahkan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua Pensyarah dan pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.


LAWATI KAMI

Kolej Vokasional Matang

Km 14 Jalan Matang,

93050 Kuching,

Sarawak.

Nombor Telefon : 082-641 582

Nombor Faks : 6082643558

GROUP

PAGE